PEMBERITAHUAN

LAMAN MUAT TURUN TELAH DIAKTIFKAN. MARILAH BERSAMA-SAMA BERKONGSI MAKLUMAT DAN INFORMASI BAGI MEMUDAHKAN P&P DAN PENGURUSAN KITA. SILA LAYARI LAMAN MUAT TURUN DI http://skkmck-muatturun.blogspot.com/ ATAU KLIK DI MENU UTAMA. TERIMA KASIH LAMAN KHAS MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG TELAHPUN DIAKTIFKAN SEBAGAI MAKLUMAN DAN MAKLUMAT SEMUA. MARILAH LAYARI LAMAN INI DI http://skkmck-anugerahcemerlang.blogspot.com/ >>> WEBMASTER

AKTIVITI BULAN INI

2HB >>>GOTONG ROYONG PIBG
7HB >>> PERJUMPAAN TERAKHIR KOKURIKULUM 2009
15HB >> MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
21HB >> CUTI AKHIR TAHUN BERMULA




Ahad, 2009 Oktober 11

PERKHEMAHAN RIMUP 2009

2hb September 2009, Jumaat. Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) tahun ini dihoskan oleh SJKT CEP Niyor mengambil keputusan untuk mengadakan perkhemahan khas RIMUP yang diadakan di Pusat Ko-Kurikulum, Kem Ulu Dengar, SK LKTP Ulu Dengar, Kahang. Program kali mendapat kerjasama khas oleh Pusat Ko-Kurikulum Cawangan Kluang di atas dasar membantu sekolah kerana rancangan asalnya telah ditolak kerana Jurulatih-Jurulatih dan Penyelaras Pusat Ko-Kurikulum sendiri akan terlibat dengan program peringkat kebangsaan iaitu Kem One Malaysia yang akan diadakan di Kem Tasek Utara , JB. Walaubagaimanapun, disebabkan ketiadaan tarikh lain yang sesuai, pihak Pusat Ko-Kurikulum bersetuju membantu dengan sepenuh keupayaan yang ada.
Program ini juga dimeriahkan lagi dengan penglibatan sekumpulan lagi sekolah-sekolah yang bersama-sama melaksanakan program RIMUP iaitu SK Ladang Pamol, SJKT Ladang Pamol dan SJKC Kg Gajah.
Murid-murid begitu teruja melaksanakan aktiviti kerana penyertaan 6 buah sekolah memperlihatkan kerjasama dan perpaduan yang dicari-cari. Murid-murid kelihatan begitu bertenaga menjalani aktiviti yang dirancang bersama-sama rakan-rakan baru mereka.






Pihak sekolah mengalungkan penghargaan kepada SJKT CEP Niyor kerana telah berjaya melaksanakan program ini dengan lancar. Penghargaan juga kepada semua guru dan murid daripada semua sekolah terlibat. Penghargaan tidak terhingga juga kepada Penyelaras Pusat Ko-Kurikulum Johor Cawangan Kluang, En. Roslan Ali beserta Jurulatih-jurulatihnya yang sudi berkorban membantu pihak kami melaksanakan aktiviti ini dengan jayanya.
Webmaster>>>> tentu lebih hebat jika dapat dilakukan selama 3 hari...

LAMAN LATIH TUBI UPSR

LAMAN LATIH TUBI UPSR
Sila klik banner untuk mendaftar

PORTAL KAJIAN TINDAKAN JPN JOHOR

PORTAL PKG PALOH

PORTAL EDUWEBTV

PORTAL E-NILAM

PORTAL SSQS

Designed by - Azam Samuri |Thanks 4 template Abdul Munir