PEMBERITAHUAN

LAMAN MUAT TURUN TELAH DIAKTIFKAN. MARILAH BERSAMA-SAMA BERKONGSI MAKLUMAT DAN INFORMASI BAGI MEMUDAHKAN P&P DAN PENGURUSAN KITA. SILA LAYARI LAMAN MUAT TURUN DI http://skkmck-muatturun.blogspot.com/ ATAU KLIK DI MENU UTAMA. TERIMA KASIH LAMAN KHAS MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG TELAHPUN DIAKTIFKAN SEBAGAI MAKLUMAN DAN MAKLUMAT SEMUA. MARILAH LAYARI LAMAN INI DI http://skkmck-anugerahcemerlang.blogspot.com/ >>> WEBMASTER

AKTIVITI BULAN INI

2HB >>>GOTONG ROYONG PIBG
7HB >>> PERJUMPAAN TERAKHIR KOKURIKULUM 2009
15HB >> MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
21HB >> CUTI AKHIR TAHUN BERMULA




Sabtu, 2009 Oktober 24

LDP 5 : PENGURUSAN PEDAGOGI P&P

24hb Oktober, Sabtu. Kemuncak Program Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) untuk tahun ini telah diadakan dengan jayanya di sini pada pagi tadi. Penglibatan guru daripada SK Kg Chamek dan SK Kg Melayu Niyor dilihat begitu baik dengan kehadiran lebih 80% kakitangan mengajar daripada kedua-dua sekolah. Pn. Hjh Mapidon, Guru Besar SK Kg Melayu Niyor turut hadir memberikan sokongan sepenuhnya dalam perjalanan kursus ini. Cik Azizah Othman selaku wakil Guru Besar SK Kg Chamek juga hadir memeriahkan lagi kusus ini.

Hari ini, seramai tiga orang guru berpengalaman luas dalam bidang masing-masing, telah membentangkan ceramah mereka dengan beritu menarik sekali. Mereka adalah En. Sahril, Jurulatih Utama bagi mata pelajaran Bahasa Melayu UPSR, En. Kamarozaman, juga Jurulatih Utama bagi mata pelajaran Matematik UPSR. Penceramah terakhir yang juga Guru Cemerlang mata pelajaran Bahasa Inggeris, Cik Soufiah.






Dengan terlaksananya kursus ini, maka berakhir sesi kursus LDP bagi tahun 2009. Semoga sesi-sesi LDP yang telah diadakan dapat memberikan sedikit sebanyak input berguna dan maklumat terbaik bagi setiap peserta yang telah menghadirinya. Penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Penyelaras LDP SK Kg Chamek, Pn Siti Rohana Mohd Arip di atas kejayaan dan kelancaran perjalanan LDP sepanjang tahun 2009 ini. Semoga bertemu lagi di tahun 2010 dengan pengisian-pengisian yang lebih menarik dan lebih memberi maklumat berguna.

LAMAN LATIH TUBI UPSR

LAMAN LATIH TUBI UPSR
Sila klik banner untuk mendaftar

PORTAL KAJIAN TINDAKAN JPN JOHOR

PORTAL PKG PALOH

PORTAL EDUWEBTV

PORTAL E-NILAM

PORTAL SSQS

Designed by - Azam Samuri |Thanks 4 template Abdul Munir