10hb Oktober 2009, Sabtu. Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kali ini mengetengahkan satu isu asas dalam pendidikan di kalangan guru iaitu Pedagogi dalam P&P. Kursus LDP kali ini juga menyaksikan gabungan dua buah sekolah dalam melaksanakan program ini iaitu SK Kg Chamek yang bertindak sebagai tuan rumah dan juga SK Kampung Niyor. Guru Besar daripada kedua-dua buah sekolah juga turut serta dalam kursus kali ini.
Tajuk kali ini berkisar tentang aspek pedagogi dalam mata pelajaran Sains dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Ceramah di sampaikan oleh En. Fauzi daripada SK Bandar Paloh dan Pn Noorasyikin daripada SK Kg Melayu.


Pihak sekolah juga amat berbesar hati menerima kunjungan pemantau daripada PPD Kluang iaitu Tn Hj Abidin.

