16hb September, Rabu . Program Ihya Ramadhan yang telah dijalankan bertemu kemuncaknya apabila berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa malam tadi. Seramai 19 orang murid turut serta dalam majlis ini yang juga peserta yang terlibat dengan aktiviti Tadarus Jama'ei yang telah bermula seawal Ramadhan yang lalu. Majlis Khatam Al-Quran diketuai oleh Ustaz Mohd Zam berlangsung pada jam 6:30 petang.
Barisan murid perempuan menghayati bacaan ayat Al-Quran
Majlis ini diketuai oleh Ustaz Mohd Zam bersama 19 orang peserta Tadarus Jama'ei.
Majlis Berbuka Puasa dimeriahkan dengan pelbagai juadah yang enak.
Di antara tetamu yang hadir menikmati juadah berbuka.
Majlis Berbuka Puasa yang bermula sejurus laungan azan dimulakan dengan bacaan doa oleh adik Abdul Wafi Munawar. Jamuan ringan berupa juadah kuih muih dan minuman dihidangkan kepada tetamu.
Selepas Solat Maghrib berjamaah, jamuan yang berupa nasi himpit, lodeh, rendang daging, sambal udang dan juadah lain dihidangkan kepada tetamu yang hadir. Terima kasih kepada semua kakitangan yang sudi mengeluarkan kos untuk belanja hidangan malam itu.
En. Zul dibantu Wak Ri cuba memperbaiki kerosakan sedang tetamu lain terpaksa menikmati juadah dalam kegelapan.
Ketika sedang asyik menikmati juadah, bekalan elektrik terputus dan menyebabkan keadaan panik seketika. Punca kerosakan tidak dapat dikenalpasti kerana keadaan yang amat gelap. En. Zul dan Wak Ri cuba memperbaiki kerosakan, walaubagaimanapun hampa.
Pihak sekolah memohon maaf di atas kesulitan itu.
Dalam gelap pun masih sempat berposing... "Bakal-bakal YB!"
Anak-anak kecil mengambil kesempatan bermain di taman permainan prasekolah
Webmaster :>> Mohon maaf di atas kerosakan yang berlaku, dan terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat menyediakan juadah yang amat lazat.








