PEMBERITAHUAN

LAMAN MUAT TURUN TELAH DIAKTIFKAN. MARILAH BERSAMA-SAMA BERKONGSI MAKLUMAT DAN INFORMASI BAGI MEMUDAHKAN P&P DAN PENGURUSAN KITA. SILA LAYARI LAMAN MUAT TURUN DI http://skkmck-muatturun.blogspot.com/ ATAU KLIK DI MENU UTAMA. TERIMA KASIH LAMAN KHAS MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG TELAHPUN DIAKTIFKAN SEBAGAI MAKLUMAN DAN MAKLUMAT SEMUA. MARILAH LAYARI LAMAN INI DI http://skkmck-anugerahcemerlang.blogspot.com/ >>> WEBMASTER

AKTIVITI BULAN INI

2HB >>>GOTONG ROYONG PIBG
7HB >>> PERJUMPAAN TERAKHIR KOKURIKULUM 2009
15HB >> MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
21HB >> CUTI AKHIR TAHUN BERMULA




Isnin, 2009 Jun 01

LDP 3 : PENGURUSAN ETIKA DAN TINGKAHLAKU

30hb Mei, Sabtu - SK Sultan Sir Ibrahim. Siri Kursus Peningkatan Professionalisme (Latihan Dalam Perkhidmatan ) diteruskan lagi dengan siri kursus yang ketiga. Kali ini pihak SK Sultan Sir Ibrahim menjadi tuan rumah kepada peserta-peserta di kalangan guru-guru daripada SK Kampong Chamek dan SK Paloh 2 selain peserta daripada tuan rumah sendiri. Kursus LDP 3 ini membincangkan isu di bawah tajuk : PENGURUSAN ETIKA DAN TINGKAHLAKU, dan di sampaikan oleh En. Abdul Aziz Ismail.


Kursus dijalankan dalam dua slot iaitu Pengurusan Etika dan Pengurusan Stress. Penceramah berjaya menyampaikan input dengan berkesan kepada peserta yang ternyata tidak mengantuk dan bosan mengikuti sesi ini.


Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada AJK LDP SK Sultan Sir Ibrahim kerana berjaya melaksanakan kursus ini dengan baik sekali. Walaupun kursus diadakan pada awal sesi cuti pertengahan tahun, ianya tidak menghalang guru-guru hadir dengan semangat menuntut ilmu dan tekad untuk meningkatkan profesionalisme diri.


Terima kasih dan penghargaan juga kepada En. Abdul Aziz kerana sudi untuk berkongsi maklumat dan bahan kepada semua peserta. Pihak pengurusan laman ini juga akan cuba untuk menyiarkan bahan-bahan yang didapati daripada En. Abdul Aziz di laman muat turun SK Kampong Chamek. Bahan-bahan dapatan daripada En. Abdul Aziz boleh dilayari di


Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini dan terima kasih juga kepada semua guru-guru yang hadir dalam program kursus ini.

LAMAN LATIH TUBI UPSR

LAMAN LATIH TUBI UPSR
Sila klik banner untuk mendaftar

PORTAL KAJIAN TINDAKAN JPN JOHOR

PORTAL PKG PALOH

PORTAL EDUWEBTV

PORTAL E-NILAM

PORTAL SSQS

Designed by - Azam Samuri |Thanks 4 template Abdul Munir