PEMBERITAHUAN

LAMAN MUAT TURUN TELAH DIAKTIFKAN. MARILAH BERSAMA-SAMA BERKONGSI MAKLUMAT DAN INFORMASI BAGI MEMUDAHKAN P&P DAN PENGURUSAN KITA. SILA LAYARI LAMAN MUAT TURUN DI http://skkmck-muatturun.blogspot.com/ ATAU KLIK DI MENU UTAMA. TERIMA KASIH LAMAN KHAS MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG TELAHPUN DIAKTIFKAN SEBAGAI MAKLUMAN DAN MAKLUMAT SEMUA. MARILAH LAYARI LAMAN INI DI http://skkmck-anugerahcemerlang.blogspot.com/ >>> WEBMASTER

AKTIVITI BULAN INI

2HB >>>GOTONG ROYONG PIBG
7HB >>> PERJUMPAAN TERAKHIR KOKURIKULUM 2009
15HB >> MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
21HB >> CUTI AKHIR TAHUN BERMULA




Selasa, 2009 Mei 19

SAMBUTAN HARI GURU

18hb Mei, Isnin. Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2009 telah dilaksanakan pada hari ini bermula pada jam 7:15 pagi dan dimulakan dengan perhimpunan khas hari guru yang diadakan di Dewan Sri Mutiara. Perhimpunan dijalankan dengan ucapan khas Hari Guru oleh Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyidin Yassin yang disampaikan oleh En. Jaimen Wagiman selaku GPK 1. Seterusnya ucapan khas oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang disampaikan oleh Cik Azizah Othman. Guru Besar, Pn. Hjh Hamidah Nordin pula menyampaikan ucapan dengan diikuti bacaan ikrar guru yang dipimpin oleh En. Khairuddin Sulaiman. Ucapan khas wakil murid pula disampaikan oleh adik Norhayati Mohd Hanifah.




Nyanyian lagu "Guru Malaysia", lagu "Guru Pembina Negara Bangsa" yang mana lagu tema khas Hari Guru 2009 dan nyanyian lagu Allahyarham Sudirman "Warisan" telah dinyanyikan dengan begitu baik oleh barisan guru-guru SK Kampong Chamek. Perhimpunan diakhiri dengan acara bersalaman dengan guru-guru.



Setelah selesai perhimpunan, acara sukaneka pula diadakan di tapak perhimpunan sekolah di hadapan Makmal Komputer. Acara sukaneka dirancang dan dilaksanakan oleh Pn. Noormala dan Cik Rosnah. Tahniah diucapkan kepada guru-guru ini kerana berjaya menjayakan acara sukaneka yang ceria dan penuh dengan aksi-aksi guru-guru. Tahniah juga kepada semua pasukan yang telah berjaya.

Acara sukaneka diwarnai dengan acara mengisi air dalam botol, menganyam ketupat, acara arahan berkumpulan dan acara kerusi beracun.



Keceriaan dan kegembiraan terpancar diwajah semua peserta dan murid-murid yang menonton sewaktu acara dijalankan.







Sambutan Hari Guru diceriakan juga dengan Majlis Persembahan Hari Guru yang disertai oleh murid-murid dengan mempersembahkan nyanyian, tarian dan choral speaking.


Acara Win, Loose or Draw juga menyelangi aturcara sambutan ini yang disertai oleh guru-guru. Di akhir majlis, acara karaoke yang disampaikan oleh En. Mohd Zam, En. Khairuddin, En. Jaimen, Pn. Junainah, Pn. Nor Zalina dan Pn. Noormala. Tahniah di atas "sumbangan" suara guru-guru. Ternyata guru-guru SK Kampong Chamek juga layak menyertai AF. Acara karaoke juga diteruskan dengan penglibatan murid-murid. Pihak sekolah memohon maaf kepada beberapa orang murid yang tidak dapat menyumbangkan suara kerana kesuntukkan masa. Apapun, pihak sekolah amnya, merasa bangga di atas keberanian yang ditunjukkan oleh murid-murid ini untuk membuat persembahan.


Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YDP PIBG, En. Rahman Noordi kepada pemenang-pemenang acara sukaneka.


Sebelum majlis berakhir, Majlis Jamuan Khas Hari Guru telah diadakan di Kantin Wawasan. Juadah yang enak telah disediakan oleh En. Zahan Ngah. Pihak sekolah ingin merakamkan penghargaan kepada Tn Hj Kamisan (Peladang Jaya Rengit) dan En. Amin (Ketua Kampung, Parit Gantong, Rengit) diatas kesudian memberikan peluang kepada warga SK Kampong Chamek untuk merasa daging itik. Terima kasih juga kepada Pn. Siti Rahayu ( isteri Ustaz Azam) kerana menyediakan juadah rendang itik.
Guru-guru lelaki SK Kampong Chamek yang mana semuanya lahir pada bulan Mei diraikan dengan majlis Ulangtahun mereka. majlis ulangtahun hari lahir ini juga meraikan guru-guru yang lahir pada awal tahun 2009 ini. Selamat Hari Lahir !..
Acara bertukar-tukar hadiah mengakhiri majlis sambutan pada hari ini.

Pihak sekolah ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua murid yang sanggup menyediakan hadiah kepada guru-guru. Penghargaan kepada Pn. Norhasdira (Perhimpunan), Pn. Noormala dan Cik Rosnah ( Sukaneka ), Pn. Noraini dan Cik Eza ( Persembahan, Win, loose or Draw & Karaoke ) dan amnya kepada semua guru-guru yang bersama-sama memberika kerjasama sewaktu pelaksanaan majlis ini.

Wajah-wajah itik yang sanggup mengorbankan diri untuk juadah guru-guru SK Kampong Chamek. Terima kasih kepada Ustaz Azam, En. Bohari dan En. Faizul yang telah memproses itik-itik ini setelah semua kedai ayam menolak untuk memproses itik ini.

SEBELUM

SELEPAS!!???

Sambutan Hari Guru masih diteruskan dengan Pertandingan Bowling Kakitangan.
Butiran pertandingan seperti berikut :-
Hari : Jumaat
Tarikh : 22hb Mei
Tempat : Kluang Parade
Masa : 8:00 malam



Webmaster >>> jumpa lagi di Kluang Parade, balik asapkan tangan-tangan anda dengan baik dan berdoalah agar dijauhkan daripada LONGKANG !!!!...

0 maklumbalas:

LAMAN LATIH TUBI UPSR

LAMAN LATIH TUBI UPSR
Sila klik banner untuk mendaftar

PORTAL KAJIAN TINDAKAN JPN JOHOR

PORTAL PKG PALOH

PORTAL EDUWEBTV

PORTAL E-NILAM

PORTAL SSQS

Designed by - Azam Samuri |Thanks 4 template Abdul Munir