22hb April, Rabu - SK Paloh 2. Pertandingan Bolasepak B12 9-sebelah MSSM Zon Paloh telah berjaya dilaksanakan dengan lancar hari ini di padang sekolah SK Paloh 2. Pertandingan yang dianjurkan oleh SK Kampong Chamek dengan kerjasama SK Paloh2 ini menarik minat 7 buah pasukan sekolah di dalam zon Paloh. Pasukan yang menyertai pertandingan ini adalah :
- SK Kampong Chamek
- SK Bandar Paloh
- SK Batu 3
- SK Seri Kampung Tengah
- SK Paloh 2
- SK Bukit Paloh
- SJK T Jalan Stesyen, Paloh.

Pertandingan berlangsung secara liga dalam kumpulan, di mana SK Kampong Chamek diundi bersama-sama 2 pasukan kuat iaitu SK Seri Kampung Tengah dan SK Batu 3. Manakal selebihnya berada di kumpulan B. Pasukan sekolah yang seperti kebiasaannya 'lambat panas' tewas di tangan SK Batu 3 dengan 0-3, bangkit semula dengan cuba menewaskan Sk Seri Kampung Tengah. Jaringan awal masa pertama membuatkan harapan untuk menang bertambah, tetapi, jaringan balas membuatkan kita terpaksa akur dengan keputusan seri.

Pertandingan ini dikukuhkan lagi dengan kehadiran beberapa orang GPK 3 dan guru-guru berpengalaman daripada setiap sekolah.

Pihak sekolah mengucapkan penghargaan kepada En. Kamarolzaman Ahmad selaku Pegawai teknik Bolasepak MSSM Zon Paloh, kerana telah memberikan panduan, bimbingan dan khidmat nasihat sepanjang pertandingan ini dijalankan.


Pertandingan akhir menyaksikan perebutan di antara SK Batu 3 dan Sk Seri Kampung Tengah setelah masing-masing berjaya menempuhi cabaran peringkat kumpulan dan separuh akhir.
Tahniah diucapkan kepada pasukan SK Batu 3 yang berjaya menundukkan pasukan SK Seri Kampung Tengah dengan keputusan 2-0.
Penghargaan tidak terhingga kepada Tn Hj Kamarulzaman ( Guru Besar SK Paloh 2) kerana telah sudi menerima permintaan pihak sekolah untuk membenarkan menggunakan padang sekolah beliau sebagai lokasi pertandingan. Juga kepada seluruh Unit Sukan dan Ko-Kurikulum sekolah tersebut. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada tahun depan.

