PEMBERITAHUAN

LAMAN MUAT TURUN TELAH DIAKTIFKAN. MARILAH BERSAMA-SAMA BERKONGSI MAKLUMAT DAN INFORMASI BAGI MEMUDAHKAN P&P DAN PENGURUSAN KITA. SILA LAYARI LAMAN MUAT TURUN DI http://skkmck-muatturun.blogspot.com/ ATAU KLIK DI MENU UTAMA. TERIMA KASIH LAMAN KHAS MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG TELAHPUN DIAKTIFKAN SEBAGAI MAKLUMAN DAN MAKLUMAT SEMUA. MARILAH LAYARI LAMAN INI DI http://skkmck-anugerahcemerlang.blogspot.com/ >>> WEBMASTER

AKTIVITI BULAN INI

2HB >>>GOTONG ROYONG PIBG
7HB >>> PERJUMPAAN TERAKHIR KOKURIKULUM 2009
15HB >> MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
21HB >> CUTI AKHIR TAHUN BERMULA




Khamis, 2009 April 23

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2009

17hb April, Jumaat. Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini tampak lebih meriah dengan sambutan dilaksanakan dengan kombinasi kerjasama erat SK Kampong Chamek dan Sekolah Agama Kampung Chamek. Keputusan pihak sekolah untuk bekerjasama dengan pihak sekolah agama diambil di atas iktibar bahawa sambutan ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan dengan adanya kerjasama tersebut. Lagipun, murid, ibu bapa dan penjaga serta AJK PIBG dan AJK Lembaga Kebajikan Sekolah adalah merupaka individu yang sama. Oleh itu bagi menjimatkan kos dan supaya tidak melaksanakan dua sambutan yang sama oleh dua pihak yang berbeza ke atas sasaran yang sama, kerjasama ini diwujudkan sebagai meraikan tema Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu " WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH" atau " KESEPADUAN PEMANGKIN SEBAIK-BAIK UMMAH".


Sambutan dimeriahkan sehari sebelum hari sambutan dengan kerja-kerja gotong royong memasak yang dipimpin oleh NYDP PIBG, iaitu En. Zahan Ngah. Syukur ke Hadrat Ilahi dengan RahmatNya pada tahun seekor lembu Aqiqah dapat dikorbankan untuk tujuan majlis ini.

Di samping kerja-kerja 'rewang' pada malam itu, pemasangan kabel elektrik untuk P.A. System dan peralatan Multimedia juga dibuat di Dewan Sri Mutiara SK Kg Chamek oleh Ustaz Azam dan dibantu oleh En. Bohari (Wak Ri) dan En. Sutijo. Balai kanopi juga dipasang oleh En. Sani pada petang tersebut.

Persediaan untuk jamuan disediakan seawalnya oleh ahli rewang wanita yang diketuai oleh Pn. Norhasdira dan Pn. Siti Rohana. Pn. Faezah dan Pn. Roziyah juga hadir memberi bantuan.


Pada pagi tersebut, sambutan dimulakan dengan Bacaan Doa dan seterusnya perarakan Maulidur Rasul. Perarakan yang disertai oleh kira-kira 200 orang ini juga turut dimeriahkan oleh kehadiran kumpulan Wanita serta AJK PIBG dan AJK Lembaga Kebajikan Sekolah Agama.

Perarakan di ketuai oleh En Jaimen diiringi bersama En. Noordin, En. Rohmat, En. Johani dan En. Khairuddin pula bertindak sebagai ketua Selawat. Barisan guru-guru SK Kampong Chamek dan Sekolah Agama juga turut serta bersama-sama berselawat dan bertindak membantu memberi kawalan kepada murid.

Pihak pengurusan sambutan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. H. Tuah (RELA) dan En. Zainal Abidin (PDRM) kerana berjaya memberi kawalan lalulintas yang lancar dan selamat.


Setelah selesai perarakan, murid-murid semua individu yang menyertai perarakan telah dijamu dengan kudapan pagi bagi memberikan semula tenaga yang hilang selepas berarak sekeliling kampung.
Pihak sekolah amat berbesar hati dengan kehadiran ramai jemputan-jemputan khas bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Tn Hj Misman Mokmin, Tuan Imam Masjid Jamek Kg Melayu Chamek. Seterusnya bacaan berzanji dan selawat oleh kumpulan Marhaban sekolah agama mengambil tempat untuk membacakan rawi-rawi Rasulullah S.A.W
Kumpulan Nasyid SK Kampong Chamek yang telah mewakili sekolah dalam MTQ yang lepas membuat persembahan dengan baik. Kumpulan ini diketuai oleh Nor Syazwani Rohamt.

Lebih kurang jam 10:10 pagi , ceramah khas Maulidur Rasul disampaikan oleh Ustaz Tn Hj Mohd Jamal Muslam, Guru Besar Sekolah Agama Kem Mahkota, Kluang. Ceramah yang mudah difahami dibantu dengan tayangan slaid, diselangi dengan soalan-soalan kuiz membuatkan sesi ceramah kali ini memberikan impak yang besar terhadap murid. Secara langsungnya, murid-murid dapat dikawal dengan lebih baik dan tumpuan terhadap isi ceramah dapat difokuskan dengan berkesan.

Diakhir majlis sambutan ini, sesi penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan mencipta pantun kategori guru-guru, AJK PIBG dan Lembaga sekolah. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Sebelum majlis sambutan berakhir, jamuan khas disediakan di dewan kantin sekolah. Pihak sekolah merasa amat bersyukur di atas limpah murah rezeki ini sehinggakan setiap murid dapat membawa 'berkat' atau 'bontrot' (slanga jawa).

Semoga kerjasama di antara pihak sekolah dengan Sekolah Agama, PIBG, Lembaga Kebajikan sekolah, JKK , Pemuda , Wanita , KRT dan semua individu masyarakat ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

0 maklumbalas:

LAMAN LATIH TUBI UPSR

LAMAN LATIH TUBI UPSR
Sila klik banner untuk mendaftar

PORTAL KAJIAN TINDAKAN JPN JOHOR

PORTAL PKG PALOH

PORTAL EDUWEBTV

PORTAL E-NILAM

PORTAL SSQS

Designed by - Azam Samuri |Thanks 4 template Abdul Munir