25hb April, Sabtu. Kursus Peningkatan Professionalisme Latihan Dalam Perkhidmatan diteruskan lagi pada hari ini dengan tajuk " PENGURUSAN PEDAGOGI ". Program yang dirancang bersama oleh 5 buah sekolah ini berjaya dilaksanakan dengan lancar dan jayanya hari ini dengan kehadiran 2 orang penceramah khas iaitu, En. Hamdan Mahfoh daripada Institut Perguruan Tun Hussein Onn dan Kapten Hasbullah Bin Salleh daripada Pejabat Agama, Institut Medan Tentera Darat (IKEM).
Kursus disertai oleh lebih kurang 75 daripada 90 orang guru-guru daripada 5 buah sekolah terlibat iaitu :
- SK KAMPONG CHAMEK
- SK PALOH 2
- SK KAMPUNG MELAYU NIYOR
- SK BUKIT BENUT
- SK SULTAN SIR IBRAHIM





Penghargaan dan terima kasih kepada semua Guru Besar, GPK dan guru-guru yang terlibat. Semoga bertemu lagi dilain LDP dan berlainan sekolah.

