PEMBERITAHUAN

LAMAN MUAT TURUN TELAH DIAKTIFKAN. MARILAH BERSAMA-SAMA BERKONGSI MAKLUMAT DAN INFORMASI BAGI MEMUDAHKAN P&P DAN PENGURUSAN KITA. SILA LAYARI LAMAN MUAT TURUN DI http://skkmck-muatturun.blogspot.com/ ATAU KLIK DI MENU UTAMA. TERIMA KASIH LAMAN KHAS MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG TELAHPUN DIAKTIFKAN SEBAGAI MAKLUMAN DAN MAKLUMAT SEMUA. MARILAH LAYARI LAMAN INI DI http://skkmck-anugerahcemerlang.blogspot.com/ >>> WEBMASTER

AKTIVITI BULAN INI

2HB >>>GOTONG ROYONG PIBG
7HB >>> PERJUMPAAN TERAKHIR KOKURIKULUM 2009
15HB >> MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
21HB >> CUTI AKHIR TAHUN BERMULA




Sabtu, 2009 April 11

HARI TERBUKA 2009

10hb April, Jumaat. Sedari awal pagi lagi, beberapa orang ibu bapa dan penjaga telah pun berada di kawasan sekolah bagi bertemu dengan guru-guru kelas anak-anak mereka. Ini kerana, pada hari ini pihak sekolah telah mengadakan Program Hari Terbuka 2009. Program ini bermula selepas selesainya Perhimpunan Jumaat. Para ibu bapa dan penjaga mula datang bertemu dengan guru-guru kelas pada jam 8:00 pagi sehinggalah jam 11:30 pagi.

Ibu bapa dan penjaga mengambil kesempatan ini untuk bertemu dan beramah mesra dengan guru kelas anak mereka yang bertanggungjawab menjaga kebajikan dan pembelajaran anak-anak mereka. Bagi guru-guru kelas pula, inilah peluang mereka memberikan gambaran sebenar anak-anak didiknya di kelas, baik sewaktu belajar ataupun sewaktu bersosialisasi bersama rakan.

Banyak input dan maklumat dapat dikongsikan bersama ibu bapa dan penjaga bagi berbincang mengenai kemajuan dan pencapaian murid tersebut. Program ini amat bermakna bagi pihak sekolah sebagai pemangkin peningkatan murid dalam bidang pembelajaran ataupun disiplin.



Semoga hasil program ini pihak sekolah dapat menyalurkan maklumat yang berguna bagi ibu bapa dan penjaga memberikan sokongan dan panduan kepada anak-anak mereka supaya mereka cemerlang dalam akademik dan sahsiah.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada semua guru-guru yang terlibat dalam program ini. Juga terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang sudi hadir mendengar dan berkongsi maklumat dengan pihak sekolah.

LAMAN LATIH TUBI UPSR

LAMAN LATIH TUBI UPSR
Sila klik banner untuk mendaftar

PORTAL KAJIAN TINDAKAN JPN JOHOR

PORTAL PKG PALOH

PORTAL EDUWEBTV

PORTAL E-NILAM

PORTAL SSQS

Designed by - Azam Samuri |Thanks 4 template Abdul Munir