PEMBERITAHUAN

LAMAN MUAT TURUN TELAH DIAKTIFKAN. MARILAH BERSAMA-SAMA BERKONGSI MAKLUMAT DAN INFORMASI BAGI MEMUDAHKAN P&P DAN PENGURUSAN KITA. SILA LAYARI LAMAN MUAT TURUN DI http://skkmck-muatturun.blogspot.com/ ATAU KLIK DI MENU UTAMA. TERIMA KASIH LAMAN KHAS MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG TELAHPUN DIAKTIFKAN SEBAGAI MAKLUMAN DAN MAKLUMAT SEMUA. MARILAH LAYARI LAMAN INI DI http://skkmck-anugerahcemerlang.blogspot.com/ >>> WEBMASTER

AKTIVITI BULAN INI

2HB >>>GOTONG ROYONG PIBG
7HB >>> PERJUMPAAN TERAKHIR KOKURIKULUM 2009
15HB >> MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
21HB >> CUTI AKHIR TAHUN BERMULA




Ahad, 2009 Mac 15

LDP 1 : KAJIAN TINDAKAN

14hb Mac, Sabtu. Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), dengan tajuk pertama iaitu Kursus Peningkatan Profesionalisme - Kajian Tindakan telah berjaya dilaksanakan pada hari ini. Kursus yang dijalankan di Bilik Mesyuarat Ibnu Sina ini dijayakan dengan kehadiran penceramah khas dari SMK Jalan Mengkibol iaitu En. Hairul Bin Kadir. Penyelaras Program LDP sekolah iaitu Pn. Siti Rohana Mohd Arip telah berjaya melaksanakan program ini dengan kerjasama semua guru. Pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih kepada En. Mohd Fauzi mewakili PPD Kluang, kerana sudi hadir dan bersama-sama dalam sesi kursus ini.

Kursus ini bertujuan memberi kesedaran dan informasi kepada semua guru SK Kampong Chamek akan pentingnya melakukan kajian tindakan dalam usaha memperbaiki pendekatan dan metodologi P&P. En. Hairul menerangkan proses-proses yang berlaku sebelum, semasa dan selepas sesuatu kajian tindakan dilaksanakan. Secara amnya, guru-guru telah pun melaksanakan kajian tindakan mereka sendiri, hanya prosedur dokumentasi sahaja yang perlu dipertingkatkan dan difahami. Pelbagai isu dan persoalan dibangkitkan oleh peserta kursus dalam usaha memahami konsep dan prosedur melaksanakan kajian tindakan. Secara keseluruhannya, guru-guru kini faham dan berikrar untuk mewujudkan kajian tindakan masing-masing bersesuaian dengan seruan Pengarah Pelajaran Negeri Johor supaya setiap guru membuat kajian tindakan masing-masing.


Kursus ini juga telah dilanjutkan dengan sesi perbengkelan dan perbincangan. Beberapa orang guru mewakili panitia masing-masing membentangkan kajian tindakan mereka untuk makluman dan perbincangan semua peserta kursus. Panitia-panitia yang membentangkan kajian tindakan mereka ialah, Panitia Bahasa Melayu oleh Pn Norhasdira, Panitia Matematik oleh Pn. Noraini, Cik Azizah selaku wakil Panitia Bahasa Inggeris dan Ust. Mohd Zam membentangkan bagi pihak Panitia Pendidikan Islam.

Pihak sekolah berharap kursus ini dapat menyampaikan hasrat sebenar objektif pihak sekolah dalam menggalakkan guru-guru melaksanakan kajian tindakan. Semoga ilmu yang ditimba sewaktu kursus ini dapat memanfaatkan semua peserta.

Webmaster>>>> pihak pengurusan laman web sekolah akan menerbitkan laman khas koleksi kajian tindakan guru-guru pada akhir tahun ini setelah semua kajian tindakan untuk tahun ini diselesaikan.

LAMAN LATIH TUBI UPSR

LAMAN LATIH TUBI UPSR
Sila klik banner untuk mendaftar

PORTAL KAJIAN TINDAKAN JPN JOHOR

PORTAL PKG PALOH

PORTAL EDUWEBTV

PORTAL E-NILAM

PORTAL SSQS

Designed by - Azam Samuri |Thanks 4 template Abdul Munir