PEMBERITAHUAN

LAMAN MUAT TURUN TELAH DIAKTIFKAN. MARILAH BERSAMA-SAMA BERKONGSI MAKLUMAT DAN INFORMASI BAGI MEMUDAHKAN P&P DAN PENGURUSAN KITA. SILA LAYARI LAMAN MUAT TURUN DI http://skkmck-muatturun.blogspot.com/ ATAU KLIK DI MENU UTAMA. TERIMA KASIH LAMAN KHAS MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG TELAHPUN DIAKTIFKAN SEBAGAI MAKLUMAN DAN MAKLUMAT SEMUA. MARILAH LAYARI LAMAN INI DI http://skkmck-anugerahcemerlang.blogspot.com/ >>> WEBMASTER

AKTIVITI BULAN INI

2HB >>>GOTONG ROYONG PIBG
7HB >>> PERJUMPAAN TERAKHIR KOKURIKULUM 2009
15HB >> MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
21HB >> CUTI AKHIR TAHUN BERMULA




Sabtu, 2009 Mac 21

LATIHAN BOLASEPAK

17hb Mac, Selasa. Pertandingan Bolasepak MSSM Zon Paloh akan berlangsung lebih kurang sebulan lagi. Oleh itu latihan awal telah bermula pada musim cuti sekolah ini di padang sekolah dan dikelolakan oleh Jurulatih Sekolah, En. Mohd Zam Mohd Samuri. Setelah sekian lama pihak sekola mengambil keputusan untuk tidak menghantar penyertaan dalam pertandingan ini, tahun ini pasukan sekolah telah dibentuk untuk tujuan itu. Ini kerana pihak sekolah telah diberikan tanggungjawab untuk menganjurkan pertandingan tersebut di peringkat MSSM Zon Paloh.

Latihan yang bermula dengan pembinaan stamina, kemahiran asas, posisi dan semangat berpasukan ini dijalankan selama 3 hari iaitu 17,18 dan 19hb Mac ini. Kekurangan bakat akibat kurang murid tidak menghalang pemain-pemain sekolah untuk membuktikan kepada semua yang mereka mempunyai iltizam yang tinggi untuk membawa nama sekolah diperingkat Zon Paloh. Pihak sekolah mendoakan pasukan ini agar dapat menaikkan imej sekolah dalam pertandingan ini.


Latihan yang dihadiri oleh 20 orang murid daripada tahap 2 ini akan terus menjalani latihan sehingga hari pertandingan.

LAMAN LATIH TUBI UPSR

LAMAN LATIH TUBI UPSR
Sila klik banner untuk mendaftar

PORTAL KAJIAN TINDAKAN JPN JOHOR

PORTAL PKG PALOH

PORTAL EDUWEBTV

PORTAL E-NILAM

PORTAL SSQS

Designed by - Azam Samuri |Thanks 4 template Abdul Munir