PEMBERITAHUAN

LAMAN MUAT TURUN TELAH DIAKTIFKAN. MARILAH BERSAMA-SAMA BERKONGSI MAKLUMAT DAN INFORMASI BAGI MEMUDAHKAN P&P DAN PENGURUSAN KITA. SILA LAYARI LAMAN MUAT TURUN DI http://skkmck-muatturun.blogspot.com/ ATAU KLIK DI MENU UTAMA. TERIMA KASIH LAMAN KHAS MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG TELAHPUN DIAKTIFKAN SEBAGAI MAKLUMAN DAN MAKLUMAT SEMUA. MARILAH LAYARI LAMAN INI DI http://skkmck-anugerahcemerlang.blogspot.com/ >>> WEBMASTER

AKTIVITI BULAN INI

2HB >>>GOTONG ROYONG PIBG
7HB >>> PERJUMPAAN TERAKHIR KOKURIKULUM 2009
15HB >> MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
21HB >> CUTI AKHIR TAHUN BERMULA




Ahad, 2009 Mac 29

MESYUARAT AGONG PIBG 2009

29hb Mac, Ahad. Mesyuarat Agong PIBG 2009 telah dijalankan dengan jayanya pada hari ini dengan dirasmikan oleh YB En. Hoo Seong Chang , Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Hal Ehwal Dalam Negeri Johor yang juga merangkap Adun Paloh.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zam Mohd Samuri sambil membaca Al-Fatihah bagi memperingati jasa dan bakti Allahyarham Ketua Kampung, En. Sakri Basir.
Majlis yang dipengerusikan oleh Pn. Noraini Mohamad Ahasan, diteruskan ucapan YDP PIBG, En. Rahman Noordi. Pn. Hajjah Hamidah pula menyampaikan ucapan beliau sejurus sebelum ucapan perasmian oleh En. Hoo Seong Chang.

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Hoo Seong Chang di atas kesudian beliau merasmikan majlis ini. Penghargaan juga kerana beliau telah meluluskan permohonan sekolah dalam bantuan peralatan sekolah. pihak sekolah telah memohon radio hi-fi sebanyak 3 buah. Pihak sekolah juga memohon peralatan "wireless router". Dengan adanya peralatan-peralatan ini, diharapkan dapat memudahkan dan menaiktaraf tahap pengurusan sekolah.


Majlis Mesyuarat Agong PIBG kali ini juga turut dimeriahkan dengan hadiah-hadiah cabutan bertuah yang agak banyak iaitu 20 buah hadiah telah disediakan oleh pihak PIBG.


Kehadiran ahli PIBG juga memuaskan dengan kehadiran melebihi 2/3 daripada ahli. Perkara yang membanggakan adalah angka simpanan tabungan PIBG meningkat begitu ketara hasil penganjuran Sukan Sekolah tahun lalu.

Mesyuarat berlangsung dengan lancar dan pelbagai isu-isu dibincangkan oleh pihak ibu bapa dan guru. Di antara isu yang dibangkitkan melibatkan keselamatan, pembangunan pendidikan dan kerjasama ibu bapa dan guru.

LAMAN LATIH TUBI UPSR

LAMAN LATIH TUBI UPSR
Sila klik banner untuk mendaftar

PORTAL KAJIAN TINDAKAN JPN JOHOR

PORTAL PKG PALOH

PORTAL EDUWEBTV

PORTAL E-NILAM

PORTAL SSQS

Designed by - Azam Samuri |Thanks 4 template Abdul Munir