PEMBERITAHUAN

LAMAN MUAT TURUN TELAH DIAKTIFKAN. MARILAH BERSAMA-SAMA BERKONGSI MAKLUMAT DAN INFORMASI BAGI MEMUDAHKAN P&P DAN PENGURUSAN KITA. SILA LAYARI LAMAN MUAT TURUN DI http://skkmck-muatturun.blogspot.com/ ATAU KLIK DI MENU UTAMA. TERIMA KASIH LAMAN KHAS MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG TELAHPUN DIAKTIFKAN SEBAGAI MAKLUMAN DAN MAKLUMAT SEMUA. MARILAH LAYARI LAMAN INI DI http://skkmck-anugerahcemerlang.blogspot.com/ >>> WEBMASTER

AKTIVITI BULAN INI

2HB >>>GOTONG ROYONG PIBG
7HB >>> PERJUMPAAN TERAKHIR KOKURIKULUM 2009
15HB >> MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
21HB >> CUTI AKHIR TAHUN BERMULA




Jumaat, 2009 Februari 20

8 EMAS KE?


19hb Febuari, Khamis. Kejohanan Olahraga MSSM Zon Paloh telah berlangsung hari ini di SK Seri Kampung Tengah bagi acara balapan. Acara padang telahpun dijalankan di SK Batu 3 dengan lancar yang mana pasukan olahraga SK Kampong Chamek telah meraih satu pingat gangsa bagi acara lompat jauh perempuan B10. Adik Maria Ulfah Masrie telah berjaya merangkul pingat gangsa pertama untuk sekolah. Pada awalnya, pada peringkat saringan dan akhir Maria Ulfah dan NorSyafina Alia berjaya menempatkan diri mereka di tempat kedua dan ketiga. Nasib tidak menyebelahi mereka apabila salah seorang atlet SJKC Paloh secara tiba-tiba berjaya melonjakkan dirinya terus ke tempat kedua. Ini menyebabkan kedudukan Maria dan Syafina Alia ketinggalan satu tempat.
Pasukan relay 4x100 dan 4x200 perempuan B10 pula berjaya memecahkan rekod pencapaian sekolah apabila merangkul emas dalam kedua-dua acara tersebut. Rekod terbaik sekolah dalam kejohanan olahraga peringkat zon adalah satu emas atau 2 perak. Satu emas dicapai pada 2008 dan 2 perak dicapai pada 2007. Walaupun acara lain tidak memperoleh sebarang pingat, pasukan olahraga sekolah telah menunjukkan satu semangat melawan yang cukup membanggakan, lebih-lebih lagi apabila ternyata saiz fizikal pasukan sekolah jauh kecil berbanding dengan atlet-atlet pasukan sekolah lain. Walaupun begitu, semua atlet dan pasukan olahraga sekolah berjaya layak ke peringkat akhir. Mereka berjaya menempatkan diri mereka diantara 8 atlet atau pasukan terbaik dalam zon Paloh. Kita seharusnya bersyukur dan berbangga dengan pencapaian 2 emas dan 1 gangsa.
Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan semoga pencapaian ini dapat diperbaiki dari masa ke semasa. Dengan pencapaian ini menjadikan pungutan pingat untuk tahun bertambah menjadi 2 emas dan tiga gangsa. Semoga kiraan pingat sekolah akan terus bertambah dalam acara-acara seterusnya.

LAMAN LATIH TUBI UPSR

LAMAN LATIH TUBI UPSR
Sila klik banner untuk mendaftar

PORTAL KAJIAN TINDAKAN JPN JOHOR

PORTAL PKG PALOH

PORTAL EDUWEBTV

PORTAL E-NILAM

PORTAL SSQS

Designed by - Azam Samuri |Thanks 4 template Abdul Munir