PEMBERITAHUAN

LAMAN MUAT TURUN TELAH DIAKTIFKAN. MARILAH BERSAMA-SAMA BERKONGSI MAKLUMAT DAN INFORMASI BAGI MEMUDAHKAN P&P DAN PENGURUSAN KITA. SILA LAYARI LAMAN MUAT TURUN DI http://skkmck-muatturun.blogspot.com/ ATAU KLIK DI MENU UTAMA. TERIMA KASIH LAMAN KHAS MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG TELAHPUN DIAKTIFKAN SEBAGAI MAKLUMAN DAN MAKLUMAT SEMUA. MARILAH LAYARI LAMAN INI DI http://skkmck-anugerahcemerlang.blogspot.com/ >>> WEBMASTER

AKTIVITI BULAN INI

2HB >>>GOTONG ROYONG PIBG
7HB >>> PERJUMPAAN TERAKHIR KOKURIKULUM 2009
15HB >> MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
21HB >> CUTI AKHIR TAHUN BERMULA




Sabtu, 2009 Januari 24

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS

19hb Januari, Isnin. Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber ( Pustakawan) telah dilangsungkan dengan jayanya dan upacara penyampaian sijil perlantikan dan penyarungan vest telah disempurnakan oleh En. Jaimen Bin Wagiman Guru Penolong Kanan Kurikulum (GPK 1), SK Kampong Chamek. Dengan ini, tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh pihak sekolah dan guru-guru akan diturunkan kepada mereka yang telah terlantik secara rasminya pada pagi ini. Barisan pemimpin-pemimpin sekolah ini dipilih dan lantik berdasarkan kredibiliti, ketokohan dan kemampuan menjadi tauladan kepada rakan-rakan sebaya. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas dengan amanah dan berkesan dalam memastikan kelancaran perjalanan sekolah ini.


En. Jaimen menyempurnakan upacara penyampaian sijil perlantikan dan menyarungkan vest pengawas kepada mereka yang dilantik termasuklah anaknya sendiri, Adik Mohammad Haikal.


Barisan Lembaga Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber bergambar kenangan dengan guru-guru Lembaga Disiplin Sekolah.


Majlis Ikrar Pengawas yang diketuai oleh Ketua Pengawas Sekolah iaitu Adik Norhayati Mohamad Hanifah dan diiringi Ketua Pengawas Pusat Sumber, Adik Nurul Naziha Sani dan Penolong Ketua Pengawas, Adik Mohamad Zalrizal Sharuddin.




LAMAN LATIH TUBI UPSR

LAMAN LATIH TUBI UPSR
Sila klik banner untuk mendaftar

PORTAL KAJIAN TINDAKAN JPN JOHOR

PORTAL PKG PALOH

PORTAL EDUWEBTV

PORTAL E-NILAM

PORTAL SSQS

Designed by - Azam Samuri |Thanks 4 template Abdul Munir