PEMBERITAHUAN

LAMAN MUAT TURUN TELAH DIAKTIFKAN. MARILAH BERSAMA-SAMA BERKONGSI MAKLUMAT DAN INFORMASI BAGI MEMUDAHKAN P&P DAN PENGURUSAN KITA. SILA LAYARI LAMAN MUAT TURUN DI http://skkmck-muatturun.blogspot.com/ ATAU KLIK DI MENU UTAMA. TERIMA KASIH LAMAN KHAS MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG TELAHPUN DIAKTIFKAN SEBAGAI MAKLUMAN DAN MAKLUMAT SEMUA. MARILAH LAYARI LAMAN INI DI http://skkmck-anugerahcemerlang.blogspot.com/ >>> WEBMASTER

AKTIVITI BULAN INI

2HB >>>GOTONG ROYONG PIBG
7HB >>> PERJUMPAAN TERAKHIR KOKURIKULUM 2009
15HB >> MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
21HB >> CUTI AKHIR TAHUN BERMULA




Isnin, 2008 November 10

MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG 2008

9hb November, Ahad. Pihak sekolah dengan sepenuh kerjasama PIBG telahpun berjaya melaksanakan program Hari Anugerah Cemerlang untuk tahun 2008 pada hari ahad yang lepas. Kehadiran ramai ibubapa penjaga berjaya memeriahkan suasana majlis yang gilang gemilang ini. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua murid yang telah berjaya menerima penganugerahan mereka pada hari tersebut.



Ketibaan ibubapa dan jemputan di meja urusetia. Murid-murid membuat persediaan terakhir dengan solekan oleh guru-guru yang diketuai oleh Pn. Junainah Amin


Barisan jemputan dan dif kehormat yang diundang bagi memeriahkan suasana.



Persiapan dan persediaan di belakang tabir. Jualan kuih "Wak Tunot" berjaya mendapat sambutan hangat. Tahun lepas jual 200 biji, tidak mencukupi. Tahun ini jualan sebanyak 250 biji juga masih tidak mencukupi. Kak Jun, tahun depan jual 500 biji!.


Persembahan pertama pembukaan oleh murid tahun 3 dengan persembahan boria.


Wajah-wajah orang kuat belakang tabir


Terima kasih kepada Tn Hj Misman di atas kesudian mengetuai bacaan doa.
Terima kasih juga kepada Tuan Perasmi di atas kesudian merasmikan majlis ini.



Wajah-wajah keceriaan anak-anak didik SK Kampong Chamek.





Persembahan kedua murid-murid tahun 1&2. Persembahan bertajuk "Ayah dan Ibu"


Tarian Khas Pop Yeh Yeh versi Hip Hop oleh murid tahun 1&2



Konvokesyen Pra Sekolah



Persembahan Khas murid tahun 5 yang mempersembahkan Choral Speaking





Persembahan mencuit hati daripada murid-murid tahun 6 dengan sketsa muzikal yang dipetik dari filem P. Ramlee. Lagu yang dipersembahkan adalah "Aci-aci buka pintu",
dan "Ayya Cik Siti".



Persembahan tarian etnik daripada pra sekolah.


Persembahan Nasyid Tahun 4.


Penerima Anugerah Tokoh Pelajar Harapan (Lelaki) 2008
Mohamad Zalhizam Bin Sharuddin


Penerima Anugerah Tokoh Pelajar Harapan (Perempuan)
Nurul Fateha Binti Abdul Aziz


LAMAN LATIH TUBI UPSR

LAMAN LATIH TUBI UPSR
Sila klik banner untuk mendaftar

PORTAL KAJIAN TINDAKAN JPN JOHOR

PORTAL PKG PALOH

PORTAL EDUWEBTV

PORTAL E-NILAM

PORTAL SSQS

Designed by - Azam Samuri |Thanks 4 template Abdul Munir