26 September 2008, Jumaat. Di akhir P&P hari ini pihak sekolah telah menyelitkan satu majlis ringkas sempena Aidilfitri dan penutupan Program Ihya Ramadhan. Dalam majlis ini murid-murid dan guru-guru diberi peluang bermaafan dan bersalaman bersempena Aidilfitri. Guru Besar juga tidak melepaskan peluang bagi menyampaikan pesanan agar sentiasa berhati-hati dalam berhari raya dan elakkan daripada bermain bunga api dan mercun, apatah lagi meriam.
Di majlis ini juga penutupan Program Ihya Ramadhan 2008 telah disempurnakan oleh Guru Besar.


