PEMBERITAHUAN

LAMAN MUAT TURUN TELAH DIAKTIFKAN. MARILAH BERSAMA-SAMA BERKONGSI MAKLUMAT DAN INFORMASI BAGI MEMUDAHKAN P&P DAN PENGURUSAN KITA. SILA LAYARI LAMAN MUAT TURUN DI http://skkmck-muatturun.blogspot.com/ ATAU KLIK DI MENU UTAMA. TERIMA KASIH LAMAN KHAS MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG TELAHPUN DIAKTIFKAN SEBAGAI MAKLUMAN DAN MAKLUMAT SEMUA. MARILAH LAYARI LAMAN INI DI http://skkmck-anugerahcemerlang.blogspot.com/ >>> WEBMASTER

AKTIVITI BULAN INI

2HB >>>GOTONG ROYONG PIBG
7HB >>> PERJUMPAAN TERAKHIR KOKURIKULUM 2009
15HB >> MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
21HB >> CUTI AKHIR TAHUN BERMULA




Rabu, 2008 September 10

PERARAKAN JALUR GEMILANG RIMUP 08

Jumaat, 29hb Ogos 2008. Program Perarakan Jalur Gemilang RIMUP 2008 telah dilaksanakan oleh SK Kampong Chamek selaku tuan rumah RIMUP tahun ini. Pelbagai aktiviti seperti perarakan Jalur Gemilang, pertandingan mewarna dan pertandingan basikal berhias telah dijalankan. Program ini telah dirasmikan oleh YB Hoo Seong Chang ADUN Paloh serta dihadiri pelbagai lapisan masyarakat bersama-sama pemimpin-pemimpin masyarakat dan dimeriahkan lagi oleh para ibu bapa dan masyarakat setempat. Pihak sekolah amat berbesar hati dengan kerjasama dan bantuan yang dihulurkan oleh pelbagai pihak seperti NGO-NGO setempat, parti-parti politik, KRT, Polis, RELA, JKKK, MPK, Chynas dan PIBG setiap sekolah yang terlibat. Semoga perpaduan yang dipupuk akan terus teguh dan kekal harmoni. Seterusnya, Program Jamuan Perpaduan yang akan dilaksankan pada bulan Oktober ini. Sehingga bertemu lagi.

Pelbagai kaum berhimpun dengan semangat patriotik yang sama.

YB Hoo juga tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan peserta.

Tenaga kerja yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini terus memberikan komitmen dalam memeriahkan program ini.

Pn. Sivakarmy dan En Moh Yuen Yien yang sentiasa memberikan sepenuh kerjasama dalam merancang dan menjalankan program ini.

Perarakan yang membanggakan dengan diwarnai dengan lagu-lagu patriotik dari Kancil Ust. Azam. Walaupun kecil ber'power' besar.

LAMAN LATIH TUBI UPSR

LAMAN LATIH TUBI UPSR
Sila klik banner untuk mendaftar

PORTAL KAJIAN TINDAKAN JPN JOHOR

PORTAL PKG PALOH

PORTAL EDUWEBTV

PORTAL E-NILAM

PORTAL SSQS

Designed by - Azam Samuri |Thanks 4 template Abdul Munir