PEMBERITAHUAN

LAMAN MUAT TURUN TELAH DIAKTIFKAN. MARILAH BERSAMA-SAMA BERKONGSI MAKLUMAT DAN INFORMASI BAGI MEMUDAHKAN P&P DAN PENGURUSAN KITA. SILA LAYARI LAMAN MUAT TURUN DI http://skkmck-muatturun.blogspot.com/ ATAU KLIK DI MENU UTAMA. TERIMA KASIH LAMAN KHAS MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG TELAHPUN DIAKTIFKAN SEBAGAI MAKLUMAN DAN MAKLUMAT SEMUA. MARILAH LAYARI LAMAN INI DI http://skkmck-anugerahcemerlang.blogspot.com/ >>> WEBMASTER

AKTIVITI BULAN INI

2HB >>>GOTONG ROYONG PIBG
7HB >>> PERJUMPAAN TERAKHIR KOKURIKULUM 2009
15HB >> MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
21HB >> CUTI AKHIR TAHUN BERMULA




Jumaat, 2008 Ogos 22

SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN UPSR

Khamis, 14hb Ogos 2008. Program Kecemerlangan UPSR peringkat sekolah telah dilanjutkan lagi dengan program Bacaan Yasin dan Solat Hajat UPSR peringkat sekolah. Program ini telah dilaksanakan oleh pihak sekolah dengan kerjasama pihak PIBG, AJK Masjid Jamek Kg Melayu Chamek dan JKKK Kg Melayu Chamek. Dilangsungkan di Masjid Jamek Kg Melayu Chamek dan diimamkan oleh Tuan Imam Tn Hj. Misman Bin Mokmin.

Objektif program ini adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada semua ibu bapa, penjaga, murid-murid dan guru-guru untuk memanjatkan doa kepada yang Esa setelah sekian lamanya bertungkus lumus dan berusaha bagi menyiapkan calon-calon UPSR dengan ilmu dan teknik-teknik menjawab yang sebaik-baiknya.
Program di mulakan dengan Solat Maghrib berjamaah, diteruskan pula dengan Bacaan Yasin dan Doa Selamat. Kemudian jemaah dan semua yang hadir dijamu dengan jamuan ringan yang disumbangkan oleh ibu bapa murid tahun 6 dan PIBG. Setelah Solat Isyak berjamaah, Solat Hajat dilaksanakan secara berjamaah.

Turut hadir dimajlis ini ialah Yang Di pertua PIBG En. Rahman Noordi, Ketua Kampung Kg Melayu Chamek En. Sakri Basir, Ketua Kampung Kg Melayu GSA Chamek dan semua penduduk kampung.

Bersama-samalah kita semua mendoakan kejayaan yang cemerlang untuk semua calon yang mengambil peperiksaan UPSR tahun ini.

LAMAN LATIH TUBI UPSR

LAMAN LATIH TUBI UPSR
Sila klik banner untuk mendaftar

PORTAL KAJIAN TINDAKAN JPN JOHOR

PORTAL PKG PALOH

PORTAL EDUWEBTV

PORTAL E-NILAM

PORTAL SSQS

Designed by - Azam Samuri |Thanks 4 template Abdul Munir