Jumaat, 15hb Ogos 2008. Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2008 telah dilaksanakan di peringkat sekolah pada hari ini. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dengan jayanya oleh pihak Unit Ko-Kurikulum SK Kampong Chamek. Aktiviti yang telah dijalankan adalah:
- Pertandingan Mengarang Thp 2
- Pertandingan Pidato
- Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik
- Kuiz Kemerdekaan




Sambutan ini akan berlanjutan sehingga ke 28hb Ogos di mana acara kemuncaknya adalah Program Sambutan Kemerdekaan RIMUP di Dewan Serbaguna Orang Ramai Chamek. Program tersebut dirancang untuk dirasmikan oleh YB Hoo Seong Chang, ADUN Paloh.
Semoga penghayatan ini dapat menarik minat semua murid dalam menghargai erti kemerdekaan.

