Rabu, 27hb Ogos 2008. Pihak sekolah dengan kerjamasa PIBG telah mengadakan Majlis Jamuan Makan Malam Tahun 6 untuk memberikan ruang untuk bersantai kepada semua murid tahun 6 yang akan menempuhi peperiksaan UPSR pada 9hb September. Mereka diberi peluang beristirehat dan bermesra dengan guru-guru dan AJK PIBG yang telah banyak memberi pelbagai motivasi, kata semangat dan bimbingan kepada mereka.

Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan jamuan khas yang disumbangkan sepenuhnya oleh bapa salah seorang murid iaitu En. Khalid bapa kepada Norhidayah Atika. Seterusnya majlis tersebut dilanjutkan dengan persembahan khas murid-murid tahun 6 dan disusuli dengan nyanyian karaoke murid, guru dan PIBG. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat memberi sumbangan dan kepada semua kakitangan sekolah yang bertungkus lumus dalam menjayakan aktiviti ini.
Walaubagaimanapun, Ibu Angkat murid-murid tahun 6 , Pn. Noraini Mohamad Ahasan , tidak dapat bersama-sama meraikan majlis ini akibat kesihatan yang tidak mengizinkan telah mencoret sedikit kesedihan diwajah anak-anak tahun 6 ini. Apapun, doa kami agar Pn. Noraini segera sembuh kembali bertugas.